ADVERTISEMENT
Lain-lain Cerita Yang Menarik
Monday, July 9, 2012
Tempoh Reman Uncle Seekers Dilanjutkan Lagi !
9 Jul – Tempoh reman pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers dan teman wanitanya dilanjutkan lagi tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penulisan di dalam blognya, www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa mengaibkan Sultan Johor.
Permohonan polis untuk melanjutkan reman tersebut telah dibenarkan oleh Majistret Hafizah Johor Arif selepas tempoh reman pasangan ini berakhir pada Ahad bermula Khamis lepas.
Sebelum ini, Syed Abdullah, 46, dan teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, telah ditahan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nusajaya kira-kira jam 9.45 malam, Rabu lepas, di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan kes mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972. selepas 30 individu membuat laporan polis terhadapnya berhubung sebuah artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
Selepas itu Syed Abdullah telah didapati positif dadah jenis morfin selepas polis menjalankan ujian air kencing terhadapnya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Johor, ujian air kencing telah dijalankan terhadap Syed Abdullah pada jam 1.25 petang di IPD Nusajaya. Satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
source
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Advertisement
Popular posts
- KATA-KATA RINDU BUAT KEKASIH . . . .
- MUTIARA KATA PERPISAHAN . . .
- Pramugari MAS Yang TERLaMPAU....!!!!!!!!!!!!
- Informasi : KUMPULAN KOREA GIRLS GENERATION gambar SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHAN PLASTIK . . ! ! !
- TOP 10 : TEMPAT PALING SERAM DI DUNIA...! ! ! !
- Kanak2 Ini Telah Melahirkan Anak Pada Usia 10 Tahun Akibat Dirogol !!
- Julia Perez Berbogel Dalam Filem Terbarunya ???
- Fesyen Seluar Dalam Ketat TERBARU 18sx...!!!!!!
- Guru Biologi Ditangkap Separuh Bogel Dengan Pelajarnya Yang Berusia 17 Tahun !!
- Video-Video BERSIH 2.0 Pada 9 JULAI 2011...!!!! Latest....
No comments:
Post a Comment