ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Thursday, July 5, 2012

Ariel Peterpan Akan Dibebaskan 23 Julai ini !



Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel bakal dibebaskan awal dari tarikh sebenarnya dia dibebaskan iaitu pada 23 Julai 2012.


Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham sepatutnya akan dibebaskan pada tahun 2013 selepas Hakim menjatuhkan hukuman terhadapnya. Namun Ariel bakal dibebaskan selepas menjalani 2/3 masa hukumannya di penjara.

"Pembebasan ini adalah bertepatan dengan peraturan kerana Ariel sudah menjalani 2/3 masa hukumannya. Selain itu, dia juga telah menjalani asimilasi dan berkelakuan baik sepanjang di Lembaga Pemasyarakatan,"ujar Ketua Divisi Kemasyarakatan, Kemenkumham (Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Republik Indonesia), Dedi Sutardi kepada KapanLagi, Isnin.

Menurut Dedi, perkara sedemikian sememangnya berlaku terhadap semua pesalah-pesalah dan bukan kerana Ariel seorang artis yang membolehkan dirinya mendapat keistimewaan begitu.

"Semua tahanan kalau sudah menjalani 2/3 masa tahanan, mereka boleh dibebaskan. Selain itu, ia juga diambil kira kelakuannya," kata Dedi.


source 

No comments:

Advertisement