ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Sunday, March 4, 2012

Sungai Di Cameron Highland Tercemar Racun Serangga !!



CAMERON HIGHLANDS: Masalah 6,000 penduduk berhampiran Sungai Terla, di sini, yang terputus bekalan air bersih sejak enam hari lalu, terjawab apabila pencemaran racun serangga secara berlebihan ke sungai dikesan sebagai punca utama.



Pencemaran itu yang mengakibatkan ikan di sungai mati mendadak turut menyebabkan sebuah loji rawatan air yang membekalkan keperluan asas kepada penduduk terpaksa ditutup sejak Selasa lalu.

Pegawai Daerah Cameron Highlands, Datuk Syed Ab Mutalib Syed Hassan berkata, ujian ke atas sampel bangkai ikan dilakukan Jabatan Kimia menunjukkan kehadiran racun berkenaan sebagai punca kematian ikan.




Katanya, pihak berkuasa kini menyiasat punca pencemaran dan mengenal pasti pihak bertanggungjawab.

“Kita memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Kematian ikan di sungai itu mula dikesan Selasa lalu dan berikutan itu, loji rawatan utama di Kampung Terla ditutup sejak jam 11.30 pagi hari sama berikutan bimbang berlaku pencemaran air dan memudaratkan kesihatan penduduk.





Akibatnya, lebih 6,000 penduduk di Kampung Kuala Terla dan Kampung Raja terpaksa mendapatkan bekalan melalui lori tangki air yang disediakan Perbadanan Air Pahang (PAIP).

Syed Ab Mutalib berkata, pihaknya akan terus menutup loji itu dan pihak berkuasa kini membuat analisis air berkenaan.




No comments:

Advertisement