ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Sunday, March 4, 2012

[BEWARE] Skim Cepat Kaya Kini Jerat Orang Kampung Pula !!



KPDNKK dapati 10 peratus penduduk mudah terpedaya ‘labur’ setiap bulan 



PAGOH: Kira-kira 10 peratus penduduk di luar bandar dan pedalaman dikesan menyertai skim cepat kaya setiap bulan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Sehubungan itu, katanya, pihaknya mengambil berat perkembangan membimbangkan itu kerana ia membuktikan rakyat negara ini mudah terpengaruh dan terpedaya.


“Kita mengesan penduduk kawasan pedalaman dan luar bandar mudah diperdaya seterusnya menyertai skim cepat kaya atau pelaburan tidak sah mengikut undang-undang, setiap bulan.


“Menyedari masalah itu, kementerian menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertindak proaktif dengan turun padang menganjurkan Karnival SSM bersama Rakyat di seluruh negara terutama kawasan luar bandar bagi memberi pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai berkaitan perkara seperti bahaya skim cepat kaya ini dan mengelakkan mereka terus menjadi mangsa dan teraniaya,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Karnival SSM Bersama Rakyat dan Ulang tahun ke-10 SSM yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



source

No comments:

Advertisement