ADVERTISEMENT
Lain-lain Cerita Yang Menarik
Monday, January 9, 2012
Bayi Maut Dalam Keadaan Sadis Digilis Lori !!
CHUKAI: “Pagi sebelum kejadian, dia sangat berselera makan nasi goreng dan sempat bergurau dengan mengambil nasi daripada pinggan abangnya dan letak dalam pinggan saya.
“Selesai makan, dia terus naik ke atas motosikal menunggu bapanya tanpa berkata apa-apa,” kata Zuriah Ismail, 36, ibu Muhammad Shakir Zufayri Mohd Asri, setahun 11 bulan, yang maut dalam kemalangan ngeri, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 pagi dalam kawasan kuari Terengganu Tengah di Ibok, dekat sini, mangsa maut digilis lori apabila kenderaan berat itu diundurkan pemandunya tanpa menyedari kanak-kanak itu dan bapanya berada di belakang.
Zuriah yang ditemui di rumah ibunya di Kampung Batu 9, Ibok, semalam berkata, suaminya, Mohd Asri Nawi, 36, keluar bersama anak bongsu mereka dan dia terkejut apabila diberitahu abang iparnya mengenai kemalangan berkenaan.
Menurutnya, anak bongsu daripada tiga beradik itu seorang yang susah menangis, tetapi tiga hari sebelum kejadian, dia berkelakuan pelik apabila lebih banyak merengek dan buat perangai.
“Kalau kanak-kanak lain suka bermain dengan alat permainan, dia pula lebih suka bermain dengan ayam dan kucing peliharaan kami. Kalau dia jumpa beras di dapur, habislah beras itu diberi makan kepada ayam di luar,” katanya.
Sementara itu, moyang saudara mangsa, Sufiah Mamat, 71, yang juga orang terawal tiba di tempat kejadian berkata, ketika sampai, dia melihat motosikal Honda EX5 dinaiki cucu saudaranya terperosok di bawah lori dan menimpa mangsa.
“Hancur luluh hati saya apabila melihat otak arwah dikutip ahli keluarga untuk dikebumikan bersama mangsa dalam kemalangan yang menyebabkan motosikal itu putus dua,” katanya.
Katanya, Mohd Asri yang rebah akibat rempuhan itu cuba menyelamatkan anaknya dengan menarik lengan mangsa namun tidak dapat berbuat apa-apa apabila pautan terlepas.
“Semuanya berlaku begitu pantas, sekelip mata saja arwah sudah berada di bawah lori menyebabkan bapanya meraung melihat anaknya tidak bernyawa lagi,” katanya.
Difahamkan, bapa mangsa mahu pulang ke rumah sebelum disapa sepupu yang bekerja di kawasan kuari berkenaan dan mereka sempat berborak sebelum lori yang diletakkan di hadapan motosikal dinaikinya bersama mangsa tiba-tiba mengundur.
Menurut Sufiah, pada malam sebelum kejadian, Muhammad Shakir sempat menyambut hari jadi sepupu di rumahnya dan baju dipakainya pada malam itulah yang dipakai sehingga ke akhir hayatnya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat, ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian dan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata, menurut laporan diterima, pemandu lori tidak menyedari kehadiran motosikal berkenaan mengundurkan kenderaannya lalu merempuh motosikal itu.
Katanya, pemandu lori itu hanya menyedari menggilis mangsa selepas lorinya ditepuk beberapa kali oleh saksi di tempat kejadian .
Menurutnya, mangsa mati di tempat kejadian dan bedah siasat menunjukkan kematian disebabkan parah di kepala serta mayatnya dituntut tengah hari kelmarin dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 9, Ibok.
source
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Advertisement
Popular posts
- KATA-KATA RINDU BUAT KEKASIH . . . .
- MUTIARA KATA PERPISAHAN . . .
- Pramugari MAS Yang TERLaMPAU....!!!!!!!!!!!!
- Informasi : KUMPULAN KOREA GIRLS GENERATION gambar SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHAN PLASTIK . . ! ! !
- TOP 10 : TEMPAT PALING SERAM DI DUNIA...! ! ! !
- Kanak2 Ini Telah Melahirkan Anak Pada Usia 10 Tahun Akibat Dirogol !!
- Julia Perez Berbogel Dalam Filem Terbarunya ???
- Fesyen Seluar Dalam Ketat TERBARU 18sx...!!!!!!
- Guru Biologi Ditangkap Separuh Bogel Dengan Pelajarnya Yang Berusia 17 Tahun !!
- Video-Video BERSIH 2.0 Pada 9 JULAI 2011...!!!! Latest....
No comments:
Post a Comment