ADVERTISEMENT
Lain-lain Cerita Yang Menarik
Monday, November 28, 2011
Wow, Robot Bakal Digunakan Untuk Kawal Banduan Di KOREA !!
SEOUL: Mana-mana banduan yang cuba melarikan diri dari penjara Korea Selatan tidak lama lagi terpaksa berdepan lebih daripada pengawal, rintangan dan menara kawalan.
Kini pihak berkuasa dilengkapi pengawal baru - robot berteknologi tinggi yang mampu mengesan tingkah laku mencurigakan di kalangan banduan.
Tiga robot pertama - setiap satu setinggi 1.5 meter - akan mula digunakan di penjara bandar Pohang awal tahun depan.
Jika pelaksanaannya berjaya, lebih banyak robot akan dihasilkan untuk mengawal penjara Korea Selatan.
Robot itu diprogramkan untuk meronda di kawasan koridor penjara dan memantau keadaan dalam sel, manakala pengesan yang ada padanya membolehkan ia menilai perubahan keadaan banduan - sama ada agresif atau berisiko membunuh diri.
Semua maklumat itu kemudian dimaklumkan kepada pegawai bertugas. Robot itu bergerak menggunakan empat roda dan boleh menghubungkan tahanan dengan pengawal melalui sistem perhubungan terkawal.
Pegawai Asian Forum For Corrections, Prof Lee Baik-Chul, berkata berbanding sistem kamera litar tertutup yang hanya memantau, robot itu diprogramkan untuk menganalisis pelbagai aktiviti dalam penjara.
“Kini robot itu dalam peringkat perapian bagi membolehkan ia kelihatan lebih mesra kepada banduan,” katanya.
source
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Advertisement
Popular posts
- KATA-KATA RINDU BUAT KEKASIH . . . .
- MUTIARA KATA PERPISAHAN . . .
- Pramugari MAS Yang TERLaMPAU....!!!!!!!!!!!!
- Informasi : KUMPULAN KOREA GIRLS GENERATION gambar SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHAN PLASTIK . . ! ! !
- TOP 10 : TEMPAT PALING SERAM DI DUNIA...! ! ! !
- Kanak2 Ini Telah Melahirkan Anak Pada Usia 10 Tahun Akibat Dirogol !!
- Julia Perez Berbogel Dalam Filem Terbarunya ???
- Fesyen Seluar Dalam Ketat TERBARU 18sx...!!!!!!
- Guru Biologi Ditangkap Separuh Bogel Dengan Pelajarnya Yang Berusia 17 Tahun !!
- Video-Video BERSIH 2.0 Pada 9 JULAI 2011...!!!! Latest....
No comments:
Post a Comment