ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Tuesday, November 29, 2011

7 Bilah Paku Ditemui Dalam Tubuh Pembantu Rumah !



RIYADH: Tujuh paku ditemui dalam tubuh seorang pembantu rumah warga Sri Lanka selepas wanita itu menjalani pembedahan di Hospital Damam, semalam.



Bagaimanapun, wanita terbabit enggan mendedahkan siapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu terhadapnya.


Menurut satu sumber, Balsubramaniam Shashikala, 22, dimasukkan ke Hospital Dammam oleh majikannya Selasa lalu yang memberitahu pembantu rumah itu mengalami sakit badan.


Doktor di hospital itu kemudian membuat pembedahan ke atas Shashikala dan menemui tujuh paku di dalam tubuhnya.


Pegawai Kedutaan Sri Lanka di Riyadh bergegas ke hospital itu pagi semalam bagi melihat perkembangan keadaan Shashikala.


Pihak kedutaan juga menggesa polis melakukan siasatan terperinci mengenai kes itu.


Shashikala memberitahu dia diberikan ubat pelali oleh isteri majikannya dan tidak tahu apa yang berlaku selepas itu.


Dia juga berkata, sejak tiba di Arab Saudi pada 22 Ogos lalu, pasangan suami isteri yang menjadi majikannya itu tidak pernah melayannya dengan buruk.





source

No comments:

Advertisement