ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Friday, October 28, 2011

WTH !! Ladang Sawit Pun Boleh Jadi Tempat Hiburan Menghairahkan !



KAMPUNG GAJAH: Tindakan sebuah kedai makan yang menyediakan perkhidmatan karaoke terbuka hingga awal pagi dalam ladang kelapa sawit di Alor Chawi, Padang Gertak, Pulau Tiga, di sini, bukan saja dipersoalkan aktiviti diselitkan, malah menimbulkan gangguan kepada penduduk sekitarnya. 



Kedai makan diusahakan seorang wanita berusia lingkungan 40-an itu melebarkan operasinya hingga lewat malam sejak lima bulan lalu, menjadi tumpuan ramai turut menyediakan khidmat penyanyi wanita yang ‘diimport’ dan berpakaian seksi dari beberapa daerah sebagai tarikan kepada pelanggan.


Bagaimanapun, aktiviti karaoke diselitkan di premis yang hanya terletak kira-kira dua kilometer dari laluan utama Kampung Gajah ke Kampar itu menimbulkan kemarahan penduduk kerana muzik dipasang menerusi dua pembesar suara bersaiz besar sehingga mengganggu penduduk.


Selain wanita seksi, pelanggan berjoget dan melakukan perbuatan tidak senonoh, difahamkan aktiviti meminum daun ketum sebagai minuman istimewa turut berlaku di premis itu. Apa yang menghairankan penduduk, kegiatan itu terus berlaku walaupun banyak aduan sudah dikemukakan kepada pihak berwajib. 


Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kedai makan itu sebelum ini hanya beroperasi pada waktu siang dan menjual lauk-pauk kepada pekerja ladang. 


“Namun, sejak lebih lima bulan lalu, pemilik kedai itu mula menukar haluan apabila beroperasi pada waktu malam dan menyediakan perkhidmatan karaoke terbuka di kedainya bermula jam 9 malam hingga awal pagi. 


“Sudahlah bunyi muzik dan orang menyanyi terlalu kuat, setiap pelanggan boleh berjoget dengan wanita seksi yang menjadi pelayan di kedai itu. Suasana tidak ubah seperti dalam disko, apatah lagi kedai berkenaan hanya menggunakan lampu malap dan disertai wanita seksi,” katanya ketika ditemui Berita Harian di kampung berkenaan, baru-baru ini. 


Seorang lagi penduduk berkata, kebanyakan pelanggan di kedai itu terdiri daripada penduduk kampung lain dan mengunjungi kedai itu untuk melepaskan ‘gian’ menyanyi dan melihat wanita seksi mendendangkan lagu. 


“Mereka seolah-olah ketagih kerana selalu berkunjung ke gerai itu. Tetapi apa yang menyedihkan mereka saling berjoget dan ada yang sanggup meminum air ketum sehingga khayal serta melakukan perbuatan tidak senonoh. 


“Kami sudah beberapa kali melaporkan perkara itu kepada pihak berkenaan 
termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil, malah mereka lebih hebat beroperasi sehingga hampir waktu Subuh. 


“Mereka hanya menghentikan operasi pada malam Jumaat. Sebagai golongan warga tua, kami malu dengan keadaan itu kerana anak muda, orang tua dan gadis seksi bercampur serta berseronok tanpa menyedari perlakuan mereka dibenci penduduk serta pengguna jalan raya yang menggunakan laluan itu,” katanya. 


Wartawan dan jurugambar Berita Harian yang membuat tinjauan di kedai itu mendapati premis berkenaan ada tarikan tersendiri apabila menyediakan rangkaian lagu termasuk lagu Hindi yang digemari golongan warga tua. 


Selama hampir tiga jam berada di kedai itu bermula jam 11 malam, didapati kebanyakan penyanyi terdiri daripada pelanggan berusia 40 tahun ke atas yang memilih lagu Hindi dan berunsurkan cinta. 


Sambil menyanyi, ada di antara mereka berduet dengan penyanyi wanita berpakaian seksi yang dipercayai diupah oleh pemilik kedai itu untuk menghiburkan pelanggan. 


Beberapa lelaki ditugaskan untuk menjaga sistem audio dan memerhatikan persekitaran jika berlaku kekecohan, selain memantau keadaan jika diserbu pihak berkuasa. 




sumber

Advertisement