ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Saturday, October 8, 2011

Penemuan Tanah Perkuburan Misteri Dalam Hutan !!

ALOR GAJAH – Penemuan lebih 50 kubur yang dianggarkan terbiar sejak 50 tahun lalu dalam satu kawasan yang sudah dinaiki hutan mengejutkan sepasang suami isteri di Kampung Bukit Beruang, Kuala Sungai Baru, di sini, semalam. 


Penemuan itu disedari Ali Baharom, 60, bersama isterinya, Saini Abd Rahman, 54, ketika mereka sedang menebas semak samun yang terdapat di kawasan menempatkan ladang getah untuk menoreh.

“Sambil berjalan memang saya dan isteri akan menebas semak samun yang ada bagi memudahkan laluan, tetapi secara kebetulan sebaik menghayunkan parang saya terpandang batu nisan yang diperbuat daripada batu yang diukir dan sudah dinaiki lumut,” katanya.

Menurutnya, dia yang mula menoreh di kawasan itu sejak kira-kira setahun lalu mendapati, terdapat batu nisan yang sudah patah dan tenggelam akibat mendapan tanah selain tersorok di sebalik pokok hutan dan semak samun.

Katanya lagi, jarak penemuan tanah perkuburan itu kira-kira 7.5 kilometer dari pekan Kuala Sungai Baru, yang kini tidak terdapat keluarga Islam tinggal di sekitarnya, malah penemuan itu dilihat dalam satu kawasan yang luas dan tidak dihuni sesiapa.

“Ada batu nisan yang tidak ditemui di kuburnya, ini belum termasuk kubur yang sudah terbenam dalam tanah dan dipijak sesiapa yang masuk ke hutan ini.

“Saya merasakan dahulunya kawasan ini menempatkan satu perkampungan besar orang Melayu dan hingga kini kawasan kubur yang ditemui ini sudah menjadi ladang sawit dan pokok-pokok getah. Malahan menjadi habitat binatang berbisa,” katanya.

Ekoran penemuan yang dijangkakan tersimpan lebih banyak kubur di dalam kawasan itu, dia dan isterinya berharap ada pihak :mengambil tindakan membersihkan kawasan sekitarnya sekali gus dapat mengetahui lebih jelas status tanah perkuburan itu.

“Saya berharap ada pihak yang dapat turun padang kerana orang ramai pasti ingin tahu usia sebenar tanah perkuburan Islam itu serta kisah yang tersimpan di kawasan ini sejak sekian lama,” katanya.






1 comment:

Admin said...

LISTEN ONLINE RADIO AND WATCHING FREE
MOVIE ONLINE ,SPORTS ONLINE LIVE.
FOR WATCHING MOVIE ,NEWS ,AL JAZEERA ,SPORTS
VISIT LINK > CLICK TO WATCHING <
SINGAPORE RADIO >CLICK TO LISTEN <<
 LISTEN HINDI RADIO VISIT LINK >>CLICK TO LISTEN <<
 WATCHING HINDI MOVIE CHANNEL VISIT LINK >>KLIK TO WATCHING
INDONESIA RADIO,THAILAND RADIO AND MORE
MALAYSIA TV ONLINE ,MALAYSIA RADIO ONLINE

Advertisement