ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Monday, September 26, 2011

Wanita Kejar Dan Menendang Motosikal Peragut !!


JOHOR BAHRU — Seorang wanita bertindak nekad mengejar dan menendang motosikal seorang lelaki yang meragut beg tangan miliknya di Jalan Maju, Taman Pelangi, di sini hari ini.
Dalam kejadian 4.15 petang itu, Cindy Tan, 52, yang bekerja sebagai jurujual sedang
dalam perjalanan ke sebuah kedai percetakan untuk menempah kad perniagaan dengan menaiki skuter Yamaha Ego.
Dia dihampiri sebuah motosikal Kawasaki KR-150 dari arah belakang sebelum peragut berkenaan bertindak meragut beg tangan yang diletakkan di tempat letak kaki skuternya.
"Saya terus kejar lelaki itu dan langgar motosikal dia dari belakang, menyebabkan kami berdua jatuh.
"Lepas itu saya terus bangun dan ambil beg tangan saya lalu lari ke dalam restoran untuk mendapatkan bantuan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Lelaki tersebut tidak dapat melarikan diri kerana kakinya dihempap motosikal dan orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap dan menyerahkannya kepada anggota polis peronda.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata semakan awal mendapati saspek tiada rekod kesalahan lampau.
Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun dan mendatangkan kecederaan. — Bernama



No comments:

Advertisement