ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Saturday, September 3, 2011

Tidak Perasan Rumah Terbakar Kerana Leka Menonton TV



Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang 

ALOR GAJAH: Kegembiraan menyambut Aidilfitri yang masuk hari keempat, semalam berakhir dengan kesedihan buat tujuh sekeluarga dari Kampung Ayer Bawah, Simpang Ampat, dekat sini apabila rumah mereka hangus terbakar menyebabkan mangsa tinggal sehelai sepinggang.

Kejadian kira-kira jam 12.45 pagi itu berlaku ketika keluarga terbabit bersama empat saudara mereka sedang leka menonton televisyen.
Mangsa, Rafeah Hassan, 47, berkata dia yang tinggal di rumah berkenaan bersama suami, Rahmat Mohd Idris, 47, dan lima anak mereka sedang menonton televisyen bersama kakaknya, abang ipar dan dua anak saudara yang datang beraya. 

“Sedang leka menonton televisyen, tiba-tiba anak saya, Mohd Farhan Aslam, 11, menjerit melihat api dari bahagian bumbung rumah. Dalam keadaan cemas, kami cuba memadamkan api namun gagal kerana tekanan air paip yang rendah,” katanya ketika ditemui. 

Rafeah berkata, api yang semakin marak menyebabkan seluruh ahli keluarga bergegas keluar dari rumah menyelamatkan diri sebelum sebahagian kediaman berkenaan, termasuk anjungnya hangus dengan kerugian dianggarkan RM60,000. 

“Tak sangka kegembiraan Syawal berakhir dengan tragedi ini, namun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat,” katanya menahan sebak dan sebelum itu menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latipah Omar yang turut menghulurkan bantuan wang tunai. 




No comments:

Advertisement