ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Thursday, September 22, 2011

Taufan Landa Jepun Syarikat Kereta Terkenal Ingin Tutup Kilangnya Disana !!


TOKYO - Taufan kuat melanda Jepun semalam sekali gus menyebabkan hujan lebat di bandar raya ini selain menyebabkan pengangkutan awam terjejas.
Seramai empat orang mati semasa taufan Roke melanda negara ini.
Taufan itu kini melanda kawasan yang menempatkan
loji nuklear Fukushima di timur laut Jepun yang rosak selepas dilanda ombal tsunami pada 11 Mac lalu.
Ia yang merupakan taufan kedua terbesar melanda Jepun pada bulan ini.
Taufan itu bergerak selaju 220 kilometer sejam dan menurunkan hujan lebih 40 sentimeter di bahagian timur dan barat Jepun sejak 24 jam lalu.
Bekalan elektrik untuk lebih 575,500 penduduk yang dibekalkan oleh syarikat Tokyo Electric turut terputus.
Taufan itu menyebabkan perkhidmatan kereta api terhenti di sekitar Tokyo mengakibatkan ribuan penumpang terkandas semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Stesen penyiaran NHK menyatakan kira-kira 450 penerbangan terpaksa dibatalkan.
Perkhidmatan Kereta Api Tengah Jepun menyatakan, beberapa perkhidmatan kereta laju juga digantung.
Syarikat Toyota menyatakan pihaknya merancang untuk menutup sebanyak 11 buah kilang di tengah Jepun dan menghentikan kerja pada waktu malam.
Sebuah lagi syarikat kereta, Nissan menghentikan perkhidmatan di dua buah kilangnya. - Reuters

No comments:

Advertisement