KUANTAN - Dua lelaki yang segak berpakaian Melayu, kononnya mahu datang berhari raya di rumah “Makcik Jenab”, bertindak meragut seorang suri rumah yang sedang membersihkan laman rumahnya.
Ketika kejadian 9.30 pagi di Sungai Koyan, dekat Raub, itu mengakibatkan mangsa, 35, mengalami kerugian RM7,000 selepas rantai leher dan seutas loketnya diragut dua lelaki terbabit.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Supritendan Nordin Mustapha, sebelum kejadian, mangsa melihat kedua-dua suspek beberapa melintasi rumahnya dengan sebuah motosikal.
"Suspek kemudian memberhentikan motosikal di depan rumah mangsa dan berpura-pura bertanyakan rumah “Makcik Jenab”, suspek beritahu dia dan rakannya hendak beraya di rumah “Makcik Jenab”,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Suspek berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu kemudiannya bertindak meragut rantai leher mangsa.
No comments:
Post a Comment