ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Tuesday, September 13, 2011

Seludup Dadah Menggunakan Sandal !!


SEPANG - Cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine atau syabu dan heroin yang disorokkan dalam tiga pasang sandal wanita berjaya dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketiga-tiga pasang sandal yang mengandungi 397 gram dadah jenis syabu bernilai RM100,000 dan 211 gram dadah jenis heroin bernilai RM40,000 itu, diletakkan dalam sebuah kotak untuk dihantar ke alamat penerima di Indonesia menggunakan perkhidmatan pos ekspres.
Pengarah Kastam KLIA, Datuk M. Govinden berkata, pengirim menggunakan alamat Lot 133, Rumah Panjang Jalan Pasir Ujung, Banting, Selangor dan hasil siasatan mendapati alamat tersebut tidak wujud.
"Dadah itu dirampas pada 7 September lepas dan kita sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pengirimnya melalui pejabat pos tempat barangan tersebut dikirim,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama


2 comments:

kerja kosong said...

Cara nak cepat kaya dan juga hilang nyawa..

Unknown said...

batu tu...apa nak jadi dengan org sekarang..ramai yang kecundang dengan dadah..lepas organik beralih ke bahan kimia pula..

Advertisement