ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Saturday, September 10, 2011

Restoran Mamak Perlu Menyediakan Khidmat Pengawal


SEREMBAN — Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Senator Datuk Syed Ibrahim Kader menyarankan restoran mamak dilengkapi dengan pengawal keselamatan bersenjata berikutan kejadian rompakan di beberapa kedai mamak baru-baru ini.
Katanya, untuk tujuan itu satu mesyuarat di antara pihak polis dan pengusaha restoran terbabit akan diadakan dalam tempoh terdekat untuk mencari pendekatan terbaik bagi mengatasi masalah itu.
"Antara cadangan itu ialah kemungkinan rangkaian restoran mamak ini dipendekkan waktu operasinya bagi kawasan yang berisiko berlaku rompakan atau pun dengan menempatkan pengawal keselamatan bersenjata,” katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di sini, malam semalam.
Katanya cadangan itu dirasakan sesuai untuk dilaksanakan dan beliau akan membawa cadangan itu pada mesyuarat dengan pihak polis.
"Menggunakan khidmat pengawal keselamatan ini adalah lebih baik manakala upahnya pun tidak seberapa berbanding risiko tinggi yang dihadapi pengusaha restoran ini jika mereka disamun,” katanya. 


1 comment:

kerja kosong said...

Jenayah bleh berlaku di mana2, di kedai mamak, kedai melayu, kedai cina atau di mana2 saja...

Advertisement