ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Monday, September 5, 2011

Ramai Di Tipu Sindiket Jenayah Siber !!




SUBANG JAYA - Kurangnya kefahaman serta kesedaran mengenai keselamatan penggunaan komputer dan telefon bimbit menyebabkan ramai rakyat di negara ini ditipu oleh sindiket jenayah siber.
Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Daerah Subang Jaya, Inspektor Ahmad Faizal Aminuddin berkata, jenayah siber yang kerap dilakukan antaranya adalah melibatkan penggunaan perbankan melalui Internet, VoIP (Voice Over Internet Protocol) dan e-Perdagangan.
"Penggunaan komputer dan telefon bimbit yang semakin canggih memudahkan operasi sindiket untuk menipu orang ramai," kata beliau ketika ditemui baru-baru ini.
Ahmad Faizal berkata, ramai yang menjadi mangsa jenayah siber apabila mereka secara tidak sedar telah mendedahkan maklumat perbankan mereka kepada ahli sindiket menyebabkan wang simpanan telah dipindahkan kepada pihak ketiga.
"Di Subang Jaya, jenayah siber didapati meningkat lebih 20 peratus sejak tahun lepas berbanding tahun sebelumnya dan kawasan ini juga mencatat jumlah tangkapan suspek yang paling banyak.
"Oleh itu, kini kita boleh lihat mereka (penjenayah) lebih cenderung untuk melakukan jenayah komersial kerana jenayah ini sukar dikesan pihak polis," katanya.
Beliau berkata, selain itu, ramai pengguna Internet turut ditipu semasa membeli secara talian terus yang sangat berisiko dan tidak dijamin kerana individu perlu membayar terlebih dahulu sebelum mendapat produk mereka.
Justeru, undang-undang sedia ada perlu dikaji semula dan agensi-agensi berkaitan juga perlu bekerjasama bagi menangani jenayah komersial terutamanya melibatkan jenayah siber di negara ini.
Menurut statistik polis, jumlah kes dibuka pada 2010 ialah 1,050 sementara pada 2011 sehingga Julai tahun ini sahaja sebanyak 500 kes dengan jumlah tangkapan pada 2010 ialah 300 sementara tahun ini sehingga Julai sebanyak 80 kes.
Jumlah kes yang telah berjaya diselesaikan pada 2010 ialah 800 sementara pada tahun 2011 hingga Julai ialah 200 kes. - Bernama


No comments:

Advertisement