ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Thursday, September 29, 2011

Pemandu Teksi Sekarang Ini Berbahaya !! Samun Penumpang Guna Pistol !!


GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan seorang pemandu teksi dan rakannya yang dipercayai aktif menyamun bersenjatakan pistol dalam operasi di Lebuhraya Tun Dr Lim Cheong Eu, di sini malam tadi.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya turut merampas
dua pucuk pistol jenis Browning dan Walther daripada kedua-dua lelaki terbabit dalam operasi 11.45 malam itu. 


"Pemandu teksi berusia 38 tahun dan rakannya, 58, berada dalam teksi ketika ditahan dan hasil siasatan mendapati mereka sedang merancang untuk melakukan jenayah samun," katanya kepada media, di sini hari ini.

Beliau berkata polis menemui kedua-dua pucuk pistol terbabit yang cuba disembunyikan masing-masing di tepi pinggang dan belakang badan.



Katanya modus operandi mereka ialah dengan mengambil penumpang terutama pelancong asing, sebelum membawanya ke kawasan yang agak tersembunyi sebelum disamun. - Bernama









No comments:

Advertisement