ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Tuesday, September 6, 2011

Mayat Terbakar Di Jumpai Di Tepi Loji Kumbahan !!


AMPANG JAYA – Penduduk di kawasan Lembah Jaya di sini gempar apabila menemui mayat seorang remaja perempuan yang rentung hampir 80 peratus di dalam semak berhampiran loji kumbahan sebuah flat semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat yang pada mulanya disangka anak patung itu ditemui pada pukul 1.35 petang oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.
Katanya, siasatan awal pihaknya percaya mayat tersebut telah dibakar di tempat lain sebelum dibuang di situ.
“Setakat ini, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui. Kita akan menjalankan siasatan terperinci pada cebisan baju yang ditemui serta di kawasan sekitar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Tambahnya, polis akan menyemak semula laporan berkaitan orang hilang dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.


No comments:

Advertisement