ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Friday, September 9, 2011

Lorong Bas Hentian Putra Ditutup !!


KUALA LUMPUR - Semua bas ekspres tidak dibenarkan memasuki lorong bas dalam Bangunan Hentian Putra bermula semalam sehingga 31 Oktober ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaiki lantai di dalam bangunan itu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr. Ismail Stapa dalam satu kenyataan berkata, berikutan itu semua bas akan berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang di tiga tapak alternatif yang disediakan di luar bangunan itu.
"Pemandu bas ekspres dikehendaki menggunakan petak yang disediakan untuk mengambil dan menurunkan penumpang sahaja dan tidak dibenarkan menggunakannya sebagai tempat meletak bas,” katanya.
Beliau menasihati orang ramai supaya mengelak daripada menggunakan jalan atau meletakkan kenderaan di sekitar bangunan itu sepanjang tempoh penutupan bagi mengelak kesesakan. - Bernama


No comments:

Advertisement