ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Saturday, September 17, 2011

Lelaki Maut Selepas Motorsikal Terbabas !!


GEORGETOWN 16 Sept – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 6.9 Jambatan Pulau Pinang menghala Butterworth pagi ini.
Ketua Polis Daerah Timut Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu menyebabkan S. Sathees, 22, dari Taman Bukit Jambul, di sini, mati ditempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Akibat kejadian dia dan motosikalnya terseret kira-kira 31 meter sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, mayat Sathees dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Difahamkan lelaki itu baru pulang meraikan sambutan hari lahirnya hari ini bersama rakan-rakannya di Georgetown sebelum terlibat dalam kemalangan itu. – Bernama


No comments:

Advertisement