ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Saturday, September 24, 2011

Lelaki Kerugian RM600Ribu dan Di Istihar Muflis Selepas Bertemu Bomoh utk Buang Sial !!


KUALA LUMPUR: Angkara percayakan pasangan bomoh untuk membuang sial, seorang lelaki kerugian RM600,000, diisytiharkan muflis dan namanya disenarai hitam institusi kewangan selepas gagal menjelaskan hutang sejak dua tahun lalu.


Mangsa, Mohan, 51, berkata kejadian bermula pada 2009 apabila dia yang mengalami masalah
sukar tidur berjumpa pasangan bomoh terbabit selepas diperkenalkan rakan.

Menurutnya, pasangan bomoh terbabit datang ke rumahnya di Ipoh, Perak, dan memberitahu dia disantau serta perlu menjalani proses rawatan.




“Ketika menjalankan proses rawatan, pasangan terbabit menawarkan saya menjadi rakan kongsi dalam perniagaan pelaburan yang memberi keuntungan besar iaitu 10 peratus sebulan, tetapi perlu mengeluarkan modal tinggi.

“Saya tidak mempunyai wang, jadi mereka mencadangkan saya membuat pinjaman bank. Seperti dipukau saya membuat pinjaman di enam bank dalam setahun berjumlah lebih RM400,000,” katanya.


Mohan berkata, selepas keuntungan yang dijanjikan tidak dapat, dia tidak mampu membayar hutang bank, namun entah mengapa dia masih berminat untuk meneruskan pelaburan dianjurkan pasangan terbabit.





“Saya tidak tahu bagaimana saya menjual rumah bernilai RM200,000. Sebab itu saya yakin dipukau. Akibatnya, saya diisytiharkan muflis dan kehilangan pekerjaan sebagai pengurus sebuah syarikat swasta,” katanya.

Mohan berkata, kini dia bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji rendah dan menyewa bersama keluarga di sebuah rumah kecil di ibu negara.




“Anak juga kini terpaksa berhenti belajar selepas saya tidak mampu membayar yuran pengajian,” kata Mohan yang membuat laporan mengenai penipuan pasangan terbabit di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh Ogos tahun lalu.

Mohan berkata, dia memutuskan untuk mendedahkan kegiatan penipuan pasangan terbabit kepada media kerana mendapat tahu mereka masih aktif menipu termasuk pelajar kolej.


Dia mendakwa, 10 rakan kolej anaknya yang belajar di Kuala Lumpur menjadi mangsa bomoh terbabit dan mereka mengalami kerugian kira-kira RM300,000.


“Saya yang tidak dapat menghidu penipuan bomoh itu, memperkenalkan pasangan terbabit kepada rakan anak pada Julai tahun lalu yang terpikat dengan keuntungan pelaburan yang ditawarkan.


“Mereka mengeluarkan wang puluhan ribu ringgit seorang semata-mata untuk mendapat keuntungan lumayan setiap bulan, tetapi mereka turut ditipu,” katanya.







No comments:

Advertisement