ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Wednesday, September 14, 2011

Lelaki Berang Tikam Ibu, Bapa Dan Kakak !!


SANDAKAN - Sepasang suami isteri mati ditikam oleh anak lelaki mereka di sebuah rumah di Batu 1, Jalan Utara dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, lelaki berkenaan yang berusia 31 tahun turut menikam kakaknya.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata, mangsa dikenali sebagai Yew Hiap Foh, 70, dan isterinya, Chu Ching Moi, 60, dan kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat tikaman di dada.
Katanya, mayat Yew ditemui terbaring di bilik tidur, manakala Chu ditemui terbaring di atas sofa di ruang tamu rumah tersebut.
Kakak mangsa yang berusia 37 tahun mengalami cedera parah akibat ditikam di perut dan kini dirawat di Hospital Duchees of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil, katanya di sini hari ini. - Bernama


2 comments:

merahitujambu said...

skang ni senang x suka tikam..x suka simbah asid..grrrr

Mambang Terbang said...

manusia sudah hilang pertimbangan diri rasanya sekarang ini, dengan taraf hidup yg tinggi ~.~ tekanan pun memuncak agaknya ~.~

Advertisement