ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Tuesday, September 6, 2011

Kelantan Catat 25 Kematian Dalam OPS Sikap Ke-24 !!


KOTA BAHARU - Ops Sikap ke-24 yang dilancarkan sejak 23 Ogos lalu mencatat 25 kematian di Kelantan dengan kemalangan membabit motosikal mencatat jumlah korban tertinggi, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan, Mohd Azlisham Abdul Rahman.
Beliau berkata, 17 kematian melibatkan kemalangan motosikal diikuti lima kematian membabitkan kereta, satu kematian berkaitan van dan dua kematian membabitkan basikal.
Pada masa yang sama, beliau berkata masih ramai penunggang dan pembonceng motosikal yang tidak memakai topi keledar.
Sehubungan itu kempen kesedaran tentang pemakaian topi keledar secara lebih agresif akan diadakaan, katanya kepada pemberita di sini hari ini semasa kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan Aidilfitri 2011. - Bernama


No comments:

Advertisement