ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Friday, September 2, 2011

(kantoi) Perompak Cuba Gerudi Kedai Pajak

PETALING JAYA – Niat enam lelaki cuba merompak sebuah kedai
pajak dengan menggerudi dinding premis itu bukan saja tidak
tercapai malah kesemua penjahat terlibat ditahan polis dalam
kejadian di Sungai Way di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 3 pagi itu, keenam-enam suspek
pada mulanya menceroboh masuk sebuah kedai kasut sebelum
menggerudi dinding di premis itu untuk dijadikan laluan ke kedai
gambar yang terletak bersebelahan kedai pajak.
Selepas berjaya masuk ke kedai gambar melalui lubang digerudi
berukuran 50 sentimeter, suspek-suspek kemudian menggerudi
pula dinding di kedai gambar.
Bagaimanapun, nasib kumpulan penjenayah itu malang apabila
sistem penggera yang dipasang di kedai pajak itu berbunyi.
Semasa itu, lubang digerudi sudah hampir siap.
Anggota polis dari Balai Sungai Way yang terletak hanya kira-kira
50 meter dari lokasi kejadian bergegas untuk membuat tinjauan
sebelum menahan semua penjenayah itu yang panik dan mahu
melarikan diri.
Jurucakap polis berkata, semasa ditahan semua suspek yang
merupakan lelaki berketurunan Cina dipercayai telah berada di
kedua-dua lokasi tersebut selama satu jam.
Suspek-suspek telah merosakkan rakaman kamera litar tertutup
(CCTV) di kedai gambar dan cuba mencabut CCTV itu namun gagal.
“Anggota polis yang bertugas di Balai Polis Sungai Way yang
menerima isyarat bunyi penggera itu telah menghantar pasukan
untuk membuat rondaan.

** sumber : kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0902&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

No comments:

Advertisement