ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Wednesday, September 14, 2011

Filem Hantu Bonceng Pungut RM8Juta !!



AHMAD Idham antara pengarah filem tempatan yang banyak mencatat kejayaan apabila kebanyakan karya arahannya seperti Adnan Sempit mengutip kutipan tiket melebihi RM7 juta sewaktu tayangannya pada tahun lalu.



Bagaimanapun, pengarah berusia 40 tahun itu lebih berbangga dengan Hantu Boncengapabila filem ke-21 arahannya itu bukan sahaja mencatat kutipan tiket RM8 juta selepas ia ditayangkan seluruh negara sejak 30 Ogos lalu.


Malah, dia juga lebih berbangga kerana filem yang dibintangi oleh Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans itu merupakan filem terbitan syarikat produksinya sendiri iaitu Excellent Pictures Sdn. Bhd. yang ditubuhkannya pada tahun 2004.


"Kalau mengarahkan filem orang maka yang berjaya dan untung sebenarnya adalah penerbit atau syarikat produksi terbabit. Tetapi untuk Hantu Bonceng, saya lebih puas dan bangga kerana ia adalah filem terbitan saya sendiri.


"Saya bangga kerana selepas lima hari tayangan filem itu mengutip kutipan RM5 juta dan sehingga 11 September lalu angkanya mencecah RM8 juta. Ini adalah kejayaan sebenar dan pencapaian saya yang terbaik setakat ini," ujarnya kepada Hits.


Kejayaan filem yang kelima terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd. dengan kos mencecah RM1 juta itu secara tidak langsung telah menyuntik semangatnya bagi mengarah serta menerbitkan filem sendiri pada masa akan datang.


Sehubungan itu, Ahmad Idham berazam untuk menerbitkan sekurang-kurangnya empat buah filem setahun bagi memenuhi permintaan dan kepercayaan para peminat filem Melayu yang semakin meningkat akhir-akhir ini.


"Saya memang telah mengarahkan 21 filem tetapi cuma lima daripadanya yang saya terbitkan melalui syarikat saya. Hantu Bonceng adalah filem kelima terbitan saya sendiri," ujarnya sewaktu ditemui para wartawan hiburan baru-baru ini.


Pada pertemuan di rumah agam yang baru didiami sebulan lalu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu, Ahmad Idham berkata dia semakin yakin dengan keupayaannya selepas Hantu Boncengmendapat sambutan hangat para peminat.


Jelasnya, biarpun empat filem terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd. sebelum ini kurang mendapat sambutan para penonton tetapi ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menerbitkan filem sendiri.


"Contohnya, pada tahun 2006 saya telah menerbit dan mengarahkan filem Tipah Tertipu yang menelan kos RM1.1 juta tetapi sayangnya kutipan tiketnya hanya RM700,000. Namun, saya tidak pernah berputus asa.


"Saya kemudiannya banyak mengarahkan filem terbitan MIG Productions seperti Adnan Sempityang mengutip kutipan lebih RM7 juta. Semua itu memberi semangat dan keyakinan untuk saya menerbitkan filem sendiri," tuturnya.


Tambahnya, ekoran kejayaan Hantu Bonceng yang kini masih ditayangkan di 68 pawagam seluruh negara, dia kini sedang dalam proses pos-produksi bagi menghasilkan lebih banyak filem dalam pelbagai genre pada masa depan.


"Macam yang saya cakap tadi, selepas ini sasaran saya adalah menerbit dan mengarahkan sekurang-kurangnya empat filem melalui syarikat saya itu. Terbaru saya sedang dalam proses untuk mengarahkan filem berjudul Mail Lambong lakonan Zizan Raja Lawak," jelasnya.


Hantu Bonceng boleh dikatakan bertuah kerana bukan sahaja terletak di bawah Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sejak tayangannya penghujung Ogos lalu, tetapi ia juga kurang berdepan dengan saingan.


Ini kerana, sepanjang tempoh itu iaitu selama lebih dua minggu, hanya Hantu Bonceng yang merupakan satu-satunya filem Melayu yang ditayangkan di pawagam sebelum filem Raya Tak Jadi! menyusul mulai 15 September ini (esok).




2 comments:

Nyamuk Terbang said...

apa celup
rm9 dri tue adalah duit aku
kbai

Mambang Terbang said...

x paham apa yg nyamuk cuba sampaikan ???

Advertisement