ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Saturday, September 24, 2011

Bunuh 2 Pelayan Pub Dan Kurung 4 Hamba Seks Bawah Tanah !!


BEIJING: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki membunuh dua pelayan kelab malam dan mengurung empat wanita lain sebagai hamba seks dalam bilik bawah tanah.


Menurut laporan, Li Hao, bekas anggota bomba berusia 34 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, didakwa
mengurung wanita berkenaan selama beberapa tahun dalam ‘penjara’ bawah tanah seluas 20 meter persegi yang dibinanya di Luoyang, tengah China. 


Akhbar Southern Metropolis Daily melaporkan, Li mengaku membeli besmen itu empat tahun lalu dan menghabiskan masa sebelah malam untuk menggali ‘penjara’ setinggi empat meter di bawah besmen berkenaan, tempat dia tinggal bersama-sama tahanannya selama dua minggu sebulan.

Li memberitahu isterinya dia bekerja syif malam sebagai pengawal. Dia ditangkap awal bulan ini apabila seorang tahanannya meloloskan diri dan membuat laporan di balai polis.



“Li ditangkap dan dihadap ke muka pengadlian. Kami masih menyiasat kes itu,” kata jurucakap polis Luoyang yang enggan memberitahu namanya.


Akhbar berbahasa Inggeris, Global Times memetik seorang penduduk tempatan, Tian Yichen sebagai berkata, kes itu mengejutkan seluruh bandar berkenaan, 


“Bangunan yang digunakan Li untuk mengurung tahanannya hanya terletak tiga kilometer dari Biro Keselamatan Awam Luoyang,” katanya. - AFP





No comments:

Advertisement