ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Sunday, September 4, 2011

Bintang Rockers Veteran Samakan Dirinya Dengan Lady Gaga



LOS ANGELES: Bintang rock veteran, Alice Cooper, menganggap Lady Gaga adalah jelmaan dirinya sebagai wanita.
Kenyataan itu dianggap satu penghargaan kepada Lady Gaga kerana selama ini, ramai artis cuba membandingkan diri mereka dengan Cooper, 63.

Kata Cooper, Lady Gaga adalah Alice Cooper versi wanita.
“Dia memiliki sifat saya sepenuhnya,” katanya.

Walaupun genre muzik mereka berbeza, kedua-dua selebriti itu menggunakan aksesori tambahan melampau ketika mengadakan persembahan, selain sentiasa hidup dalam khayalan.

Sejak awal 1970-an, Cooper menggunakan alat pemenggal kepala sebenar sebagai sebahagian daripada gimik persembahannya.
Cooper juga gemar membawa ular sawa menemaninya di pentas.

Walaupun gimik Lady Gaga kurang bahaya, elemen melampau tetap dapat dilihat dalam persembahan penyanyi itu.


** sumber


No comments:

Advertisement