ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Tuesday, September 27, 2011

Baru Guna 15Bulan Kereta Mewah RM700,000 Terbakar Dengan Sendiri !!


JOHOR BAHRU: “Saya terkejut dan tidak sangka kenderaan mewah baru dibeli 15 bulan lalu dengan harga RM700,000 boleh terbakar sendiri.


“Saya tidak berpuas hati dan akan membawa kes ini ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM),” kata pemilik BMW X6 yang terbakar di depan rumah kedainya, di Bukit Meldrum di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 6.15 pagi, Tan Bing Kiong, 53, pemilik syarikat pengangkutan hanya mampu melihat X6 yang dibeli pada Jun 2010 rentung dijilat api walaupun sebelum itu dia sudah berusaha memadamkan kebakaran.




Tan berkata, ketika kejadian dia tidur di tingkat atas rumah kedainya apabila seorang jiran datang mengetuk pintu memaklumkan perkara terbabit.

“Saya bergegas turun dan mendapati bahagian enjin kenderaan sedang dijilat api. Melihat api masih kecil, saya mendapatkan alat pemadam bagi memadamkan kebakaran.


“Malangnya, api merebak pantas dan menyambar keseluruhan X6 dalam tempoh beberapa minit,” katanya.








No comments:

Advertisement