ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Sunday, September 18, 2011

3 Maut 56 Cedera Pesawat Terhempas Ditempat Penonton !!

PESAWAT P-51 Mustang yang terhempas di hadapan 
astaka penonton di Reno, Nevada, semalam.

LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 56 lagi cedera apabila sebuah pesawat merempuh kawasan berhampiran tempat duduk penonton dalam pameran udara di Nevada, Amerika Syarikat, kata pihak berkuasa tempatan, semalam.

Sekurang-kurangnya 12 mangsa berada dalam keadaan kritikal dalam nahas yang berlaku di Reno itu apabila pesawat Perang Dunia Kedua yang dipandu seorang juruterbang veteran berusia 74 tahun merempuh astaka yang padat dengan penonton. 

Saksi berkata, pesawat itu merempuh kawasan berkotak yang menjadi ruang rehat untuk penonton, manakala seorang lagi saksi berkata, juruterbang itu menyimpangkan pesawat daripada menghala ke arah penumpang bagi mengelak keadaan lebih buruk berlaku. 

“Ia terhempas betul-betul di hadapan kawasan berkotak,” kata Ketua Persatuan Perlumbaan Udara Reno, Mike Houghton yang enggan mengulas mengenai jumlah sebenar mangsa yang terkorban.

“Kami semua terkejut dengan tragedi ini,” katanya. Pesawat yang digelar ‘Galloping Ghost’ itu adalah jentera Perang Dunia Kedua P-51 Mustang yang dipandu juruterbang dari Florida, Jimmy Leeward.

Rakaman video amatur mengenai nahas itu yang dirakam penonton di astaka menunjukkan orang ramai bertempiaran lari sebaik saja pesawat merempuh kawasan berkotak di hadapan astaka. 

Ahli Persatuan Perlumbaan Udara Reno, Mike Draper berkata, pesawat itu tersasar dari litar perlumbaan sebelum Leeward membuat panggilan kecemasan. “Kami tidak tahu bagaimana pesawat itu boleh terhempas, tetapi juruterbang ada membuat panggilan kecemasan. 

Saksi, Ben Cissel memuji tindakan juruterbang pesawat itu. “Saya rasa dia bertindak bijak apabila menyimpangkan pesawat dan menyelamatkan lebih 300 orang yang menyaksikan pameran udara itu,” katanya. 

Dua orang disahkan maut di Pusat Perubatan Renown yang turut merawat 23 lagi mangsa yang cedera dengan 12 dalam keadaan kritikal. - AFP








3 comments:

www.myobw.com said...

perggg... dasyhat tuuuu,,,,

Urzain Hussain said...

kesianlah orng yang mengalami kemalangan tuh..humm..~

Mambang Terbang said...

lepas ni nk g tgok pertunjukan pesawat pun kene pkir byk kali ~.~ bahaye tul ...

Advertisement