ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Monday, September 12, 2011

3 Ditahan Kantoi Cuba Samun Sebuah Restoran !!


GOMBAK: Tindakan pantas polis selepas menerima panggilan pemilik sebuah restoran di Bukit Rawang Jaya berkaitan kes cubaan samun membolehkan tiga suspek ditahan, kelmarin.



Dalam kejadian jam 3.36 petang itu, mangsa berusia 34 tahun berada di restoran terbabit terkejut apabila didatangi tiga lelaki tidak dikenali yang mengacukan pisau ke arahnya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata suspek membawa mangsa ke belakang kedai, namun mangsa yang ketakutan menjerit meminta pertolongan.




Menurutnya, terkejut dengan jeritan mangsa, suspek yang panik melarikan diri menaiki kereta Proton Wira.

“Hasil maklumat itu, polis mengesan kenderaan terbabit di kawasan berhampiran,” katanya.


Abdul Rahim berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit polis menahan tiga lelaki dipercayai suspek berusia 36, 31 dan 25 tahun. 



Mereka disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.




** sumber

1 comment:

FadhDeela said...

ape la diaorg nie!! xde keje lain ke??g la keje nie nak rompak jer tau!! huh

Advertisement