ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Monday, September 12, 2011

2 Guru Cedera Dipukul Bapa Dan Rakan Pelajar !!



KUCHING 10 Sept. - Dua guru lelaki sebuah sekolah menengah di Santubong, di sini cedera selepas diserang sekumpulan lelaki termasuk bapa seorang pelajar yang menceroboh masuk ke kawasan sekolah pagi kelmarin.



Motif serangan dipercayai ekoran rasa tidak puas hati pelajar itu yang berselisih faham dengan salah seorang mangsa kerana dikenakan tindakan disiplin beberapa hari sebelum kejadian.


Difahamkan, selepas insiden itu, pelajar berkenaan bersama bapa dan beberapa rakannya yang lain, dipercayai bekas pelajar sekolah itu bertindak menceroboh masuk ke sekolah untuk mencari guru berkenaan.


Bapa pelajar terbabit kemudian menumbuk mangsa yang sedang mengajar di kelas serta mencederakan seorang lagi guru yang cuba meleraikan pergaduhan.


Berikutan itu, mangsa yang cedera di kepala membuat laporan polis sebelum empat daripada penyerang, termasuk pelajar terbabit dan bapanya ditahan di rumah mereka, pukul 1 pagi semalam.


Sementara itu, guru lelaki berusia 30-an tersebut enggan ditemu ramah kerana masih trauma di samping bimbang dengan keselamatan dirinya
.
"Baik anda datang ke sekolah dan bertemu pengetua Isnin nanti kerana saya tidak akan cerita apa-apa," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong mengesahkan pihaknya menerima aduan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih dalam siasatan.




No comments:

Advertisement