ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Wednesday, August 24, 2011

Tindakan Akan Di Ambil Kpd Individu Yg Mencuri Gading Gajah !!


KUALA KRAI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan akan mengambil tindakan ke atas orang ramai yang menyimpan pelbagai anggota dua ekor gajah liar, termasuk gading yang hilang selepas kedua-dua haiwan itu mati dirempuh kereta api di Kampung Slow Pak Long, awal pagi, Ahad lepas.
Pengarahnya Rahmat Topani berkata, siasatan berhubung kejadian itu akan dilakukan dan jika terdapat barangan tersebut dijumpai disimpan oleh pihak tertentu, mereka boleh diambil tindakan mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar.
“Saya telah mengarahkan seorang pegawai jabatan itu untuk mengawasi tempat dua beranak gajah liar yang mati dilanggar Keretapi Ekspres Senandung Timur dalam perjalanan dari Tumpat (Kelantan) ke Johor pada Ahad lalu,” katanya.
Dalam kejadian Ahad lepas, kira-kira 300 penumpang kereta api cemas apabila tiba-tiba kereta api yang mereka naiki bergegar selepas merempuh dua ekor gajah yang menyebabkan lokomotif kereta api itu rosak.
Kemalangan itu menyebabkan perjalanan kereta api ekspres itu lewat lebih lima jam dan hanya bertolak semula ke Johor kira-kira pukul 4.30 pagi selepas mendapat gantian lokomotif dari Stesen Tumpat. - Bernama



No comments:

Advertisement