ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Tuesday, August 30, 2011

Rihanna Menghabiskan Sebanyak RM976,885 Hanya Untuk Berseronok !!


CANNES, Perancis – Penyanyi terkenal, Rihanna tidak lokek membelanjakan £200,000 (RM976,885) untuk berseronok di atas sebuah kapal layar bersama rakan-rakan perempuannya, lapor sebuah akhbar semalam.



Selepas menaiki penerbangan ke bandar Nice, selatan Perancis pada Isnin lalu, penyanyi itu menghabiskan masa lima hari belayar ke bandar St. Tropez, Cannes, Portofino dan Sardinia di Itali


“Dia (Rihanna) mahu bermain jet ski semasa percutian itu tetapi dilarang berbuat demikian kerana dia terlalu mabuk,” kata seorang kru kapal layar itu.


Rihanna yang kini popular dengan lagu Only Girl (In the World) dilaporkan membayar sekitar £3,000 (RM14,653) sehari untuk minuman beralkohol dan makanan buat dirinya dan tiga orang rakannya.


Kru dan pelayan kapal layar berkenaan turut berpuas hati kerana menerima sehingga £89 (RM433) setiap kali Rihanna memberikan mereka tip.


Percutian mereka berakhir di Cannes pada Khamis lalu. Rihanna dijadualkan menghadiri Anugerah Muzik MTV di Los Angeles, Amerika Syarikat semalam. – Agensi




** sumber



2 comments:

PaK PiS said...

klu duit tu msuk ASB Pak Pis da kaya da.. ^_^

Mambang Terbang said...

ekekekee...btul tu pakpis xD

Advertisement