ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Thursday, August 18, 2011

Jururawat Meninggal Dalam Nahas Ambulans Yg Di Naikinya !!


MELAKA – Seorang lagi mangsa kemalangan yang membabitkan sebuah ambulans dan sebuah teksi di persimpangan lampu isyarat Seri Negeri di sini Isnin lepas, meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi tadi.


Jururawat bertauliah, Yuhana Yassin, 30, dilaporkan meninggal pada 1.28 pagi akibat pendarahan dan kecederaan pada anggotanya.



Jenazahnya telah dituntut oleh keluarganya untuk dibawa pulang dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Parit Nipah, Parit Jawa, Batu Pahat.


Yuhana dikatakan baru bertukar ke Hospital Melaka dari Hospital Batu Pahat kira-kira sebulan lepas.


Pagi semalam seorang pesakit yang dibawa dengan ambulans itu, Mariam Baba, 73, meninggal dunia di Hospital Melaka.


Kemalangan tersebut berlaku semasa ambulans itu sedang dalam perjalanan dari Hospital Melaka ke Hospital Kuala Lumpur yang turut membawa seorang doktor. – Bernama





2 comments:

Firdaus Life said...

ambulans pun boleh eksiden. kesian nurse tu

Mambang Terbang said...

tu la..kesian nurse tu...

Advertisement