ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Sunday, August 28, 2011

[gossip] Azwan Ali Minta Maaf Kepada Didie Alias



Azwan Ali & Didie Alias, kedua-dua hos ini pernah bekerjasama dalam sebuah program realiti di stesen tv milik kerajaan. Pada 18 Ogos, Azwan Ali telah mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan kepada Didiey Alias dengan melabelkan pengacara ini sebagai cimpanzi. Walaupun nama Didiey Alias tidak disebut, rata-rata followers Twitter dapat mengagak siapakah individu yang ‘ditembak’ oleh Azwan Ali. Dikhabarkan, peristiwa perang Twitter ini terjadi disebabkan Azwan Ali tidak berpuas hati apabila namanya digugurkan sebagai pengacara program berkenaan.



Hari ini, akhbar sisipan BiPop mengeluarkan kenyataan Didiey Alias, manakala program Tv Melodi memaparkan footage kenyataan Azwan Ali. Apa yang jelas, kedua-dua pihak cuba mempertahankan diri sendiri. Ketika artikel & footage ini keluar, Azwan Ali sudah pun berada di Mekah untuk menunaikan umrah buat kali ketiga.


Walau bagaimanapun, sebuah blog kepunyaan Ajami Hashim mengeluarkan kenyataan Azwan Ali yang meminta maaf secara terbuka kepada Didiey Alias. Azwan Ali mengakui dakwaan orang bahawa dirinya masih belum berubah walaupun sudah 2 kali ke Mekah adalah benar. Hos ini turut meminta orang ramai supaya mendoakan agar berlakunya keajaiban kepada dirinya sepanjang berada di sana.


Apa pun, pertelingkahan kedua-dua artis ini masih belum mencapai kata penamat. Kita tunggu sahaja update sekembalinya Azwan Ali daripada Mekah.



** sumber asal : klik sini

No comments:

Advertisement