ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Thursday, August 18, 2011

[gempar] Pengantin Baru Di Baham Jerung Semasa Berbulan Madu !!


VICTORIA (Seychelles): Percutian dan bulan madu pasangan pengantin baru di pulau peranginan di Lautan Hindi bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dibaham ikan jerung, semalam.


Baru berkahwin 11 hari lalu, Ian Redmond, 30, menjadi mangsa serangan ganas ikan jerung di depan isterinya.



Media melaporkan, Redmond sedang leka berenang kira-kira 30 meter dari pantai apabila dia tiba-tiba menggelepar dan menjerit meminta tolong.


Pasangannya, Gemma Houghton, dari Wigan, England, berbaring di pantai apabila dikejutkan dengan jeritan Redmond.


Gemma, 27, panik melihat suaminya dibaham ikan ganas itu.


Beberapa nelayan berjaya menarik Redmond ke sampan dan membawanya ke pantai.


Saksi berkata, lelaki terbabit cedera parah akibat gigitan ikan jerung berkenaan.


Katanya, ikan jerung itu membaham sebahagian besar daging pada tubuh Redmond menyebabkan dia kehilangan banyak darah.





2 comments:

Freaky said...

gila saiko.. kene baham jerung

Mambang Terbang said...

malang mmg x berbau..hehee

Advertisement