ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Monday, August 8, 2011

Bapa Rogol Anak Kandung .. !!!


KANGAR: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas mengaku bersalah merogol anak kandung sendiri yang ketika kejadian berusia 12 tahun.


Pengawal keselamatan di kompleks bebas cukai Wang Kelian berusia 39 tahun itu dijatuhi hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah sebaik tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad.



Tertuduh didakwa merogol mangsa di kawasan hutan jati di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, tahun lalu dengan alasan keluar mencari rebung.


Wan Norzanuar ketika menjatuhkan hukuman itu menyifatkan perbuatan tertuduh serius dan kejam.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan.


“Perbuatan yang kamu lakukan begitu serius, kejam serta terkutuk. Ia bukan saja salah dari segi agama, malah turut menyalahi undang-undang.


“Sebagai bapa, kamu patut melindungi anak kamu, tetapi kamu yang merosakkannya dan apa (kerosakan) yang sudah kamu buat itu tidak boleh lagi dikembalikan kepada anak kamu. Jadi saya jatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan,” katanya.


Tertuduh sebelum ini mengaku salah terhadap tuduhan itu dan sebaik hukuman dibacakan, dia kelihatan tenang tanpa sebarang reaksi.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillai memohon mahkamah mengenakan hukuman berat termasuk tindakan tertuduh yang dilihat tanpa belas kasihan semata-mata mahu memuaskan nafsu.


Mengikut fakta kes, dalam kejadian pada 22 November tahun lalu, kira-kira jam 4.30 petang, tertuduh mengajak anak perempuannya memasuki kawasan hutan jati di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar mencari rebung sebelum merogolnya.


Tertuduh dikatakan memaksa mangsa menanggalkan seluar sebelum dirogol, malah mangsa turut diugut tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.


Bagaimanapun, mangsa yang tidak tahan dengan perbuatan bapanya itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Kaki Bukit sebelum tertuduh ditahan dan mengaku bersalah.




No comments:

Advertisement