ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Wednesday, August 10, 2011

[aneh] Wajah Bayi Baru Lahir Kelihatan Seperti Memakai Topeng .. !!


CHINA : Wajah bayi ini dilihat seperti memakai topeng. Keadaannya seperti bayi ini mempunyai 2 muka, dan muka ini tertampal pada muka yang asal.


Kangkang kini berusia 14 bulan. Menurut ibu kepada bayi istimewa ini,Yi Xilian tiada apa yang aneh ketika mengandungkan anaknya dan kandungannya juga normal ketika itu.



Selepas Yi Xilian melahirkan anaknya itu, doktor tidak membenarkan untuk melihatnya. Namun, Yi Xilian merayu kepada suami untuk melihat wajah anaknya. Dia terkejut dan menangis ketika melihat keadaan bayinya.


Doktor hanya memberikan kemungkinan hal ini berlaku, tiada kepastian mengenai kelaianan yang berlaku pada anaknya.


Doktor beranggapan mungkin berlakunya jangkitan ketika perkembangan embrio ketika mengandung atau kesan ubat-ubatan yang diambil ketika mengandung. Namun, tiada sebab yang jelas yang dapat dibuat oleh doktor.


Kos untuk melakukan pembedahan dianggarkan 80 – 100 ribu US Dollar. Pembedahan ini dilakukan untuk menyamakan 2 bahagian wajah bayinya dan tulang muka. Bagaimanapun Doktor tetap tidak dapat memberikan jaminan akan hasilnya.


* tiada sesiapa yg mampu melawan kekuasaan ALLAH swt.



** sumber : misteri keajaiban alam


1 comment:

faRHa@miSS Vio said...

subhanallah ...alhamdulillah bersyukur la kite dgn rupa yg kite ade skrg ...

Advertisement