ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Wednesday, August 31, 2011

Aeril Zafrel Reda Jadi Yatim Piatu Aidilfitri Ini


KUALA LUMPUR, 30 OGOS 2011: Sejak membintangi filem Aku Tak Bodoh arahan Boris Boo, aktor Aeril Zafrel atau Suhairil Sunari, 23, akui ramai yang sudah mula menyedari bakat dan kemampuannya dalam bidang lakonan. Malah, dia kini sudah mula diberi ruang yang lebih besar dan luas untuk mencipta namanya di dalam industri ini. Lebih-lebih lagi selepas dia membintangi drama bersiri Juvana di TV3.



"Tahun ini, saya rasa lebih exposed lagi dalam industri ini dan saya akui ini semua adalah disebabkan oleh filem Aku Tak Bodoh. Sebelum itu, ramai yang tak perasan serta tak nampak bakat yang ada pada diri saya.


"Saya juga gembira kerana saya tidak lagi diberikan watak sebagai budak-budak sekolah. Sebaliknya, saya sudah mula memberikan watak lelaki yang matang kepada saya.


"Ia satu perkembangan yang cukup menarik. Rasanya perubahan ini sejajar dengan apa yang telah saya perolehi ketika ini. Rezeki pun bertambah baik," katanya pelakon kelahiran Johor yang berusia 23 tahun ini kpada murai.com.my.




Begitupun, kehadiran Aidilfitri pada tahun ini nyata mengundang kesayuan yang berganda buat Aeril Zafrel. Sebagai anak yatim piatu, ketiada kedua-dua ibu bapanya telah memberikan kesan yang cukup mendalam buat dirinya.


"Saya tidak tahu bagaimana saya akan menyambut raya pada tahun ini tanpa kedua-dua mereka. Mula-mula, ayah pergi dulu pada awal tahun lalu. kemudian arwah ibu pula meninggalkan saya pada bulan Disember tahun yang sama.




"Waktu arwah ayah pergi, sekurang-kurangnya saya masih lagi sempat sambut raya dengan ibu walaupun terpaksa berulang-alik menjaganya di hospital kerana penyakit kanser yang dihadapinya itu.


"Tahun ni saya dah jadi yatim piatu. Tiap kali dengar lagu raya mesti hati saya rasa sayu dan pilu. Sebab itulah saya cuba sibukkan diri untuk melakukan pelbagai aktiviti. Sebab, kalau boleh, saya tidak mahu melayan hati dan perasaan saya ini.


"Pasti akan terbit rasa rindu tiap kali mengenangkan mereka. Teringat waktu makan bersama dan saat-saat yang diluangkan bersama tatkala menyambut raya," katanya anak keempat daripada 5 beradik ini.




Begitupun kata Aeril Zafrel, dia reda apa yang perlu dilaluinya pada Aidilfitri kali ini. Malah, dia tetap meluangkan masa untuk pulang beraya di kampung bapanya di Batu Pahat, Johor.




"Walaupun kedua-dua orang tua saya dah tiada, tapi saya kena balik jugak. Sebab, nak jumpa adik-beradik dan kawan-kawan," katanya yang kini tengah sibuk shooting sebuah drama untuk TV3.




Setakat ini, Aeril Zafrel sudah pernah membintangi filem 7 Petanda, Cinta Kura-Kura. Drama pula seperti Klik dan Kisah Kaisara. Manakala pementasan teater pula seperti Gelangang Tok Wali.




** sumber



No comments:

Advertisement