ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Thursday, July 7, 2011

SKIM CEPAT KAYA Sasar Pelajar IPT....!!!!!!!!!!!


(jangan lupa untuk like page mambang diFaceBook : Page Mambang)

Pelbagai taktik dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan tanpa mengira siapa mangsa mereka.

Terbaru, satu taktik jualan langsung melibatkan skim cepat kaya dikesan menjadikan golongan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai sasaran mereka.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Sarawak, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, satu taktik baru jualan langsung dikesan mensasarkan pelajar IPT dalam skim cepat kaya.

“Atas sebab itu PDNKK Sarawak akan menggiatkan usaha memantau taktik baru jualan langsung yang menjadikan pelajar IPT sebagai sasaran tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberi taklimat bersempena Perhimpunan Bulanan Agensi Persekutuan di Sarawak di sini hari ini.

Wan Ahmad Uzir berkata, kegiatan jualan langsung melibatkan skim cepat kaya melibatkan penyalahgunaan Akta Jualan Langsung.

Menurutnya, menerusi kegiatan tersebut pihak terbabit akan menunjukkan lesen jualan langsung yang telah diluluskan oleh PDNKK kepada pelajar IPT untuk tujuan menipu.

Justeru, katanya, pengguna yang tertipu terutama dikalangan pelajar IPT diminta supaya jangan berasa malu sebaliknya tampil ke PDNKK untuk membuat laporan.

Mengulas lanjut, katanya, setakat ini sebanyak 68 pelbagai kes dan aduan kepenggunaan telah diterima termasuk 31 kes yang masih dalam siasatan.

(jangan lupa untuk like page mambang diFaceBook : Page Mambang)



** sumber : disini


No comments:

Advertisement