ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Saturday, July 23, 2011

Rakan Kongsi Kondom Gaduh .... ! ! ! ! !

(gambar sebagai hiasan)

Pengeluaran jenama Durex terjejas 

NEW DELHI: Sukar bagi sesiapapun untuk menamakan jenama kondom selain Durex. Ramai yang mendapati sukar kerana setakat ini Durex adalah pengeluar kondom paling laris di dunia.



Tetapi, buat sementara waktu, ramai pengguna mungkin berhadapan dengan masalah untuk mengesan kotak pelbagai warna Durex di rak farmasi atau pasar raya di sini.


(jangan lupa untuk like page mambang diFaceBook : Page Mambang)


Ini kerana bekalan kondom Durex dari India dihentikan sejak Mei, kata jurucakap Reckitt Benckiser, pemilik Durex di United Kingdom. 

Apa yang mengancam pengurangan global kondom Durex ialah masalah antara Reckitt Benckiser dan TTK Lig, rakan kongsi mereka di India. 

Reckitt Benckiser tidak menyebut punca pertikaian itu tetapi dalam e-mel berharap ia dapat diselesaikan tidak lama lagi. Mereka enggan mengulas lanjut kerana ia membabitkan tindakan perundangan berkaitan penangguhan bekalan itu. TTK pula tidak dapat dihubungi. 

Pemberhentian itu adalah satu tindakan yang banyak menjejaskan pasaran. Citibank menganggarkan, pengeluar India menghasilkan antara 50 hingga 60 peratus kondom Durex secara global. 
Durex menghasilkan 42 peratus pasaran kondom global, menurut penyelidikan pada 2010 oleh broker saham Taylor Collison, jadi ia boleh menjejaskan lebih 20 peratus bekalan di seluruh dunia. (Amerika Syarikat perlu dikecualikan kerana pasaran kondom negara itu dikuasai jenama Trojan.) – Agensi 



(jangan lupa untuk like page mambang diFaceBook : Page Mambang)


2 comments:

Nur Syazana Mohammed Sani said...

erk ,. macam xpaham pulak nie ,. kahkah :D

Al-Fikr said...

tak tau pulak india pun pengeluar kondom. mesti diorg pun bnyk ladang getah cam kat malaysia.

Advertisement