ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Thursday, July 7, 2011

Pengguna Prepaid Akan Dikenakan Cukai 6% ...!!!!



(jangan lupa untuk like page mambang diFaceBook : Page Mambang)



Dulu, masa cukai yang dikenakan hanya 5%, pihak telekomunikasi berbesar hati untuk menyerap kos tersebut untuk pelanggan bagi pengguna telefon prepaid. Tapi, sejak diumumkan bahawa cukai naik 15 kepada 6%, akhirnya pihak telekomunikasi dah tak boleh nak serap lagi. Cukai tersebut sekarang dibebankan pula kepada pengguna telefon prepaid bermula Julai ini.


Untuk pengguna telefon postpaid, memang cukai tersebut dah dikenakan. Dengan pengguna yang semakin bertambah dan juga persaingan yang kompetetif, penyerapan nilai cukai untuk pengguna prepaid telahpun menjadi satu beban yang besar bagi korporat telekomunikasi.

Kita tahu bahawa, terdapat 3 syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Digi, Celcom dan juga Maxis. Jumlah pengguna talian prepaid adalah 43%, merangkumi ketiga-tiga syarikat telekomunikasi terbabit iaitu sebanyak 13.2 juta orang.. Dengan Digi mewakili hampir 83% untuk pengguna prepaid, dan cuma 23% bagi Celcom (AXIATA) dan Maxis.

Sekiranya setiap pengguna prepaid mengisi purata RM 40 setiap bulan, jualan prepaid menjangkaui RM 6.3 bilion sebulan.Memang banyak!. Dan daripada jumlah besar tersebut, selama ini syarikat telekomunikasi mensubsidi hampir RM 378 juta sebulan hanya untuk menyerap kos cukai yang dikenakan kerajaan.

Oleh kerana jumlah yang tersangat besar itu,syarikat telekomunikasi gergasi yang ada, sudah tidak mampu lagi untuk menyerap cukai tersebut setelah dinaikkan lagi sebanyak 1% oleh kerajaan bermula 1 Januari 2011 lalu. Jadi, terpaksalah sekarang, pengguna telefon prepaid menyerap kos tersebut.

Bagi yang selama ini pakai talian postpaid, mungkin dah terbiasa dengan caj cukai ini, namun kalau yang selama ini menggunakan prepaid, mungkin akan ada terasa kesannya.

Yelah, selepas ini, kalau beli topup RM 10, baki yang masuk hanya RM 9.40. Nampak macam sikit, tapi kalau dah 13.2 juta orang, dah berapa banyak pula.



Artikel Berkaitan :
---------------------------------------------------------------------------------

Daripada ura-ura, kini sah bahawa pengguna telefon prepaid akan dikenakan cukai langsung dari kerajaan. Namun ramai yang kurang faham cukai secara langsung tue macam mana. Sebelum neh kalau kita beli kad prepaid dia akan tulis begini ;

tertakluk cukai 5% <-- sekarang tak silap 6%.

Andai korang beli kad topup rm10, maka kredit rm10 akan dimasukkan ke dalam hp korang. So macam mana mereka kira cukai neh aku pun kurang pasti. Tapi yang pasti kalau beli rm10 maka baki rm10 lah ada dalam prepaid korang. Tapi sekarang benda neh akan di letakkan ke atas setiap pengguna. Tak kira lah umur ko berapa asalkan ko beli topup maka ko kena bayar cukai. Contohnya ;

kalau ko beli topup rm10 maka hanya rm9.40 je yang akan di kreditkan ke dalam account ko. Lagi 60sen lebur masuk poket kerajaan. Cukai neh tak kira usia. Dia kira pengguna prepaid. Dan ini lah yang kita namakan cukai secara langsung. Sebelum neh memang bercukai tetapi tidak secara langsung. Dan mungkin dikira secara kolektif. Bagi pandangan aku lah kan. Maybe orang yang lebih arif boleh ulas pasal neh.

Tetapi sekarang cukai neh dikira secara individual. Maksudnya lebih banyak lah cukai yang mampu kerajaan collect pada masa akan datang. Dan ikut statement maxis sendiri, perkara neh telah pun dipratikkan oleh syarikat telekomunikasi yang lain. Tapi tatau lah samada dorang dah mula pratikkan ataupun masing dalam rangka untuk pratikkan.



* sebelum ni harga minyak naik dan barangan....sekarang harga TOPUP pun nak naik jugak kaa????? memang "TERBAIK" sangat la gov ni :(




(jangan lupa untuk like page mambang diFaceBook : Page Mambang)




** sumber : disini


No comments:

Advertisement