ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Saturday, July 30, 2011

Kim Hyun Joong Bakal Datang Ke Malaysia, Ogos Ini..!!!!!!


KUALA LUMPUR, 29 JULAI 2011: Berita baik buat semua peminat yang menggilai Kim Hyun Joong! Artis Korea yang juga merupakan salah seorang daripada ahli SS501 ini bakal menjejakkan kaki ke Malaysia pada penghujung Ogos ini.


Kehadirannya di sini adalah untuk mempromosikan album mininya, Break Down yang telah pun berada di pasaran pada Julai 2011. Break Down merupakan album pertama Kim Hyun Joong sebagai penyanyi solo. Album tersebut mengandungi beberapa lagu seperti Intro (Let Me Go), Please, Kiss Kiss, dan Yes I Will.



Penjualan Break Down telah pun mencapai lebih daripada 100,000 naskhah di Hanteo Chart dalam masa 2 minggu. Beliau juga telah meraih kemenangan selama dua minggu berturut-turut di KBS2 Music Bank (TV show) dengan lagunya, Break Down. Bagi peminat Kim Hyun Joong, semestinya kedatangan artis kegemaran ramai ini ke Malaysia adalah sesuatu yang dinantikan...




** sumber : murai


2 comments:

Firdaus Life said...

uikk kpop. huhu x minat sangat. tp ada juga yang best

Mambang Terbang said...

mambang dengar lagu mane yg best...mambang layan je la freaky...ekekekee.....

Advertisement