(support mambang dengan klik LiNK Ni SAJA , TQ)
Hari ini mambang ingin kongsikan sedikit ilmu tentang video dan subtitle, dan bagaimana kita ingin cantumkan video file (mp4,avi,mkv dan lain2) dengan subtitle file (srt) menjadi hanya 1 file. Tujuan kita ingin cantumkan kedua2 file ini menjadi 1 ialah untuk memudahkan kita memainkannya dimana-mana player yang ada. Mambang pun baru tahu tips2 ni, mambang discover sendiri tips2 ni 2 hari yang lepas. Tanpa berlengah mari saksikan langkah-langkahnya :
1. Sila download software AnyVideoConverter dahulu disini >>AnyVideoConverter download link<< software ini free jadi jangan risau. Dah siap download install software tu.
(Beginilah bentuk software itu)
2. Dah siap install, biarkan dahulu software itu. Masukkan video dan subtitle kedalam folder yang sama, pastikan nama video dan subtitle sama (seperti contoh dibawah) :
3. Dah siap tu, buka semula AnyVideoConverter tadi , tekan add video. Pilih video yang korang telah asingkan tadi tu masuk ke dalam tu (lihat contoh dibawah) :
Bila dah add video, nama video dan sedikit informasi tentang video tu akan masuk seperti diatas. Korang boleh pilih nak convert video jadi video file apa yang korang nak seperti kat bulatan biru kt dalam gambar tu. Lepas tu korang boleh pilih subtitle seperti dalam bulatan warna merah dalam gambar tu pastu klik pada subtitle tu (dalam gambar tu mambang x klik lagi tau).
4. Dalam bulatan merah dalam gambar tu korang ade nampak kan A/V Sync, pastikan ia sentiasa Default ya. Dah siap semua korang boleh la tekan butang convert seperti dalam bulatan hijau diatas. Biarkan sehingga progress selesai (lebih panjang video, lebih banyak masa diperlukan untuk siap). Apabila progress selesai akan naik sesuatu pada software tersebut, tekan sahaja "No Thanks atau Open Output Folder(jika ada)" pastu automatik output folder untuk yang korang convert tadi tu akan terbuka. Korang boleh cek tengok hasilnya. Pasti memuaskan.
5. Play video tu untuk enjoy :) mambang dah buat bende ni memang xde masalah buat mase ni. Mambang harap korang berjaya lakukannya :) .
**ape2 masalah komen saja kt ruangan komen dibawah ye kawan2. terima kasih semua :D
****artikel ini boleh di-copy, asalkan kawan2 creditkan pada blog mambang ni dan linkkan pada link ni, terima kasih kawan2 mambang yang baik hati :) ****
(support mambang dengan klik LiNK Ni SAJA , TQ)
No comments:
Post a Comment