(support mambang dengan tekan LINK INI sahaja, TQ)
PASURUAN – Kes kanak-kanak merokok, kembali muncul di Pasuruan. Walaupun masih kanak-kanak, namun dia sangatlah mahir menghisap rokok di tangannya.
Khoirul Anam (2) seorang kanak-kanak lelaki, anak ketiga pasangan arwah Asmad dan Salamah (27) ini telah menarik perhatian penduduk Kota Pasuruan, kerana telah mahir merokok diusia kecil.
“Rokok kretek, katanya seperti coklat. Tetapi kalau rokok filter, rasanya seperti gula-gula. Setiap hari, Khoirul hanya merokok tidak lebih dari tiga batang,” kata Slamet, atuk kepada Khoirul Anam, ketika ditemui, Khamis (16/6/2011).
Slamet menjelaskan cucunya mula merokok seawal jam 07:00 pagi selepas mandi. “Kemudian dia merokok kembali pada siang hari sekitar pukul 12:00 tengahari. Kadang-kadang ia juga merokok pada waktu petang atau pun malam hari,” jelas Slamet.
Bukan perokok biasa, malah Khoirul juga memiliki rokok kegemaran. Soal seleranya lebih menyukai rokok yang ada filternya berbanding kretek, kerana dirasa lebih enak.
“Kalau rokok kretek, biasanya sebatang tidak habis (dihisap). Tetapi, jika rokok filter seperti Gudang Garam Surya dan LA, pasti dia hisap habis,” katanya lagi.
Selain merokok Khoirul Anam juga gemar meminum kopi. Setiap hari selain rokok, khoirul Anam pasti meminta segelas kopi
“Setiap hari cucu saya ini juga suka meminum kopi. Setiap hari dia habiskan satu gelas besar. Seperti rokok dan kopi tidak boleh dipisahkan dari hidupnya,” jelas Slamet.
Slamet mengatakan dia bukan tidak pernah melarang cucunya untuk tidak merokok, namun kebiasaan merokok Khoirul sangat sukar untuk diberhentikan.
"Ketika pertama kali dia merokok, saya sempat melarang. Dan saat itu juga, saya langsung ditikam pisau. Akibat tikaman itu, perut saya mendapat 4 jahitan. Pertama kali dia merokok, ketika berusia 20 bulan. Kali terakhir, pada hari Ahad (12/6/2011) dia tikam tangan saya, kerana saya larang merokok" tambah Slamet.
**post ini dikreditkan kepada : sumber asal
2 comments:
ish..budk2 lgi ni.. tp da pndai merokok..menikam.. da besa nti mcm mne pulak..err
da besar nanti jadi assassin (pembunuh upahan) kot kotak xD ekekeke....
Post a Comment