ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Wednesday, June 15, 2011

CyberSecurity MALAYSIA SAHKAN WUJUD ANCAMAN GODAM WEB KERAJAAN . . ! ! !




PETALING JAYA: Pemantau keselamatan siber, CyberSecurity Malaysia mengesahkan wujudnya ancaman sekumpulan penggodam untuk menyerang laman web kerajaan, www.malaysia.gov.my.


Ancaman itu diposkan dalam bentuk grafik melalui di http://i.imgur.com/PTFWh.png itu bukan palsu dan CyberSecurity telah bersiap sedia berdepan tindakan penggodam terbabit secara serius.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri menegaskan, pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memaklumkan kepada semua pihak berkaitan dan agensi kerajaan supaya bersiap sedia dengan ancaman tersebut.

Katanya, pihak terbabit akan mengeluarkan kenyataan media masing-masing berhubung perkara berkenaan.

"Semua ancaman siber akan ditangani secara serius kerana sifat-sifat persekitaran siber yang saling berkait rapat sejajar dengan namanya, 'world wide web' dan 'Internet'," katanya dalam emel kepada mStar Online di sini, Selasa.

Kumpulan yang menggelar diri mereka, Anonymous berkata, mereka akan menyerang laman web kerajaan pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya sebagai 'Operasi Malaysia'.

Ketua Pegawai Penyelidikan F-Secure Corporation, Mikko Hypponen dalam tweet memaklumkan mengenai ancaman pada pukul 4.42 pagi.

Sementara itu, kumpulan itu pada petang Selasa menjelaskan di laman web Pastebin, mereka merancang mahu berbuat demikian kerana mendakwa tindakan kerajaan Malaysia melakukan pelbagai sekatan di laman siber termasuk yang terkini melibatkan laman perkongsian fail seperti Pirate Bay.

Anonymous juga menuduh kerajaan melarang tayangan filem dan televisyen selain mengehadkan Internet yang bagi kumpulan itu ia adalah hak asasi manusia yang asas.

“Kami bimbang tindakan anda akan merampas terus kebebasan manusia, maka kami rasa bertanggungjawab untuk bertindak tanpa belas kasihan,” menurut kenyataan kumpulan itu.



**post ini dikreditkan kepada : sumber asal

5 comments:

Firdaus Life said...

kah2 baru nak gelabah. dah ada beberapa website yang kena hack

Mambang Terbang said...

hahaha...kita tunggu tengok ... anonymous akan jalan kerja pada pukul 3:30 pagi ni..hehehe...

taoslayerz said...

jgn sampai cybersecurity pon kna hack sekali suda..hehee

Mambang Terbang said...

habis la kalau cybersecurity pun kna hack sekali....nak security ngn apa lagi pastu xD ... ehehee...

Unknown said...

Website apa yang dah kena hack ye?


Blog Perniagaan Internet dan Isu Semasa

Advertisement