ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Sunday, June 19, 2011

BERITA LUAR : SEMPAT BERSAMARA DI TENGAH-tengah RUSUHAN . . ! ! !




Ketika rusuhan yang dicetuskan oleh penyokong Vancouver Canucks setelah pasukan mereka kalah kepada Boston Bruins sekali gus gagal memenangi Piala Stanley berlaku, jurukamera berjaya merakamkan aksi pasangan sedang berahi bercium.
Sangkaan awal mendakwa pasangan itu sedang mabuk berahi walaupun ketika itu rusuhan dan keganasan sedang berlaku di kawasan itu. Menurut media, semasa rusuhan itu berlaku banyak kebakaran dan pergaduhan berlaku, malah ada yang mengambil kesempatan melakukan rompakan

Apabila foto pasangan "berahi" itu disiarkan oleh blog dan portal berita, situasi itu mewujudkan perlumbaan dalam kalangan pihak media untuk mendapatkan berita tentangnya. Antara persoalan yang tercetus: Siapakah mereka? Apakah yang mereka fikirkan? Siapakah yang dapat mengesan mereka terlebih dahulu?

Persoalan tentang identiti pasangan yang berahi bercium itu akhirnya terjawab. Portal 9 News Australia mendedahkan identiti pasangan itu sebagai Scott Jones, berusia 29 tahun yang baru menetap di Vancouver selama 6 bulan. Dia berasal dari Perth, Australia. Manakala wanita yang diciumnya itu dikenali sebagai Alexandra Thomas, seorang siswazah jurutera dari University of Guelph.

Menurut ayah Scott, Alexandra sebenarnya terbaring kerana mengalami kecederaan selepas dihentak oleh perisai polis. Dia menangis dan kesakitan. Scott cuba menenangkan Alexandra dengan memeluk dan menciumnya.
“She had actually been injured,” Brett Jones told the Star Friday morning from his home in Perth, Australia. “She had been knocked down by a shield” from the riot police.
“He lay down next to her to comfort her. She was crying and he just kissed her to calm her down.”- Brett Jones (ayah Scott)


*mari lihat video tersebut dibawah sini :





**post ini dikreditkan kepada : sumber asal

No comments:

Advertisement